BACKSTABBER! kawan MAKAN kawan. Adoy la....
Hai... korang pernah tak bermasalah dengan
kawan yang cuba menikam dari belakang? Spesis ini selalunya seorang yang bermuka manis
dan berpura-pura menjadi orang yang rapat dan prihatin terhadap kita.
Sebaliknya apabila dibelakang, dia hebat bergosip dan bercerita tentang
keburukan kita pula. Kawan jenis apalah begini kan? Okay sis nak share tentang
jenis2 backstabber.
The Sexual Backstabber
Backstabber jenis ini paling mudah
dikenal pasti. Mereka kategori ini suka menyerang secara personal dan membuat kamu
sakit hati. Dia suka
gosipkan hubungan kamu dengan kekasih kepada orang lain, padahal belum
tentu semua yang mereka katakan itu benar. Backstabber jenis ini
juga menjadikan rahsia yang kamu kongsi padanya sebagai senjata untuk melawan
kamu kembali. Herm.. teruk betul.
The Boss Backstabber
Bagi kategori ini, kamu akan
jumpa ketika bekerja atau belajar di kampus. Biasanya, dia akan menyerang idea
dan pendapat yang kamu berikan. Dia juga dengan mudah akan mengakui sesebuah
idea atau pendapat kamu sebagai milik mereka. Padahal, selama ini kamu yang
bekerja keras memikirkan idea yang hebat buat perbentangan di hadapan ketua
kamu. Memang menyakitkan hati!
The Whining Backstabber
Backstabber kategori ini pula memang
mudah ditemui di mana-mana. Si dia ini tidak suka dengan kamu tetapi tidak
berani mengatakannya. Dia suka
bercakap buruk mengenai kamu di hadapan orang lain sehinggakan orang yang
mendengarnya memiliki persepsi negatif terhadap dirimu. Mungkin juga dia tidak
sedar diri sudah menjadi backstabber.
The Chameleon Backstabber
Backstabber kategori ini agak susah untuk
dikenali kerana mereka boleh bermuka dua. Dia biasanya selalu tampil sebagai kawan
yang selalu ada saat kamu memerlukan bantuan. Tetapi, jika sesuatu perkara itu menemui
kegagalan, dia akan lepas tanggungjawab dan melemparkan kesalahan kepada kamu.
Dia akan melindungi dirinya dengan mencari alasan sehingga dia terlihat tidak
bersalah.
Credit Stealing Backstabber
Kawan jenis ini pula selalu
mencari ruang untuk mencelah mencuri perhatian yang seharusnya menjadi milik
kamu. Dia akan menyokong setiap idea kamu dengan harapan jika idea itu berjaya,
dialah yang akan menerima semua pujian. Backstabber kategori ini tidak
akan menyebut nama kamu atau kawan-kawan lain jika mendapat pujian. Kawan seperti ini harus dihindari jika
kamu perlu bekerjasama dalam satu pasukan atau kumpulan.
 |
| foto: google.com |
Tip ‘face to face’ dengan si Backstabber
Jangan mendedahkan semua rahsia
Tidak semua orang boleh menyimpan rahsia. Kamu harus
bijak mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk berkongsi sebarang rahsia.
Mula dengan bercerita mengenai rahsia kecil dahulu untuk uji dan lihat samada
rahsia kamu itu selamat atau tidak sampai ke pengetahuan orang lain.
Hentikan bergosip
Kamu tidak suka seseorang bercerita buruk tentang kamu
dan bercakap tentang kamu di belakang? Kamu boleh mulakan dengan tidak bergosip
dan menyampaikan khabar angin tentang seseorang. Barulah orang lain pula akan
menghormati kamu.
Bercakap dengan backstabber
Kenali siapa backstabber
di sekeliling kamu. Kemudian, bersemuka dan bertanya dengannya secara baik. Bertanya
perihal sebenar tentang apa yang telah terjadi. Adakah kerana dia tidak berpuas
hati dengan kamu atau dia sendiri seorang yang pelupa dan sering terlepas cakap
kepada orang ketiga.
Meminta maaf kepada semua orang
Samada perkara yang berlaku merupakan kesilapan dari diri
kamu ataupun kamu benar-benar dikhianati atau difitnah, cubalah untuk meminta
maaf kepada semua orang. Meminta maaf bukanlah bermakna kamu seorang yang
bersalah tetapi ia dapat menukar persepsi seseorang terhadap dirimu.