BACKSTABBER! kawan MAKAN kawan. Adoy la....

Hai... korang pernah tak bermasalah dengan kawan yang cuba menikam dari belakang? Spesis ini selalunya seorang yang bermuka manis dan berpura-pura menjadi orang yang rapat dan prihatin terhadap kita. Sebaliknya apabila dibelakang, dia hebat bergosip dan bercerita tentang keburukan kita pula. Kawan jenis apalah begini kan? Okay sis nak share tentang jenis2 backstabber.

The Sexual Backstabber
Backstabber jenis ini paling mudah dikenal pasti. Mereka kategori ini suka menyerang secara personal dan membuat kamu sakit hati.  Dia suka gosipkan hubungan kamu dengan kekasih kepada orang lain, padahal belum tentu semua yang mereka katakan itu benar. Backstabber jenis ini juga menjadikan rahsia yang kamu kongsi padanya sebagai senjata untuk melawan kamu kembali. Herm.. teruk betul.
 
The Boss Backstabber

Bagi kategori ini, kamu akan jumpa ketika bekerja atau belajar di kampus. Biasanya, dia akan menyerang idea dan pendapat yang kamu berikan. Dia juga dengan mudah akan mengakui sesebuah idea atau pendapat kamu sebagai milik mereka. Padahal, selama ini kamu yang bekerja keras memikirkan idea yang hebat buat perbentangan di hadapan ketua kamu. Memang menyakitkan hati!
  
The Whining Backstabber
Backstabber kategori ini pula memang mudah ditemui di mana-mana. Si dia ini tidak suka dengan kamu tetapi tidak berani mengatakannya. Dia suka bercakap buruk mengenai kamu di hadapan orang lain sehinggakan orang yang mendengarnya memiliki persepsi negatif terhadap dirimu. Mungkin juga dia tidak sedar diri sudah menjadi backstabber.

The Chameleon Backstabber
Backstabber kategori ini agak susah untuk dikenali kerana mereka boleh bermuka dua. Dia biasanya selalu tampil sebagai kawan yang selalu ada saat kamu memerlukan bantuan. Tetapi, jika sesuatu perkara itu menemui kegagalan, dia akan lepas tanggungjawab dan melemparkan kesalahan kepada kamu. Dia akan melindungi dirinya dengan mencari alasan sehingga dia terlihat tidak bersalah.

Credit Stealing Backstabber
Kawan jenis ini pula selalu mencari ruang untuk mencelah mencuri perhatian yang seharusnya menjadi milik kamu. Dia akan menyokong setiap idea kamu dengan harapan jika idea itu berjaya, dialah yang akan menerima semua pujian. Backstabber kategori ini tidak akan menyebut nama kamu atau kawan-kawan lain jika mendapat  pujian. Kawan seperti ini harus dihindari jika kamu perlu bekerjasama dalam satu pasukan atau kumpulan.
foto: google.com

Tip ‘face to face’ dengan si
 Backstabber

Jangan mendedahkan semua rahsia
Tidak semua orang boleh menyimpan rahsia. Kamu harus bijak mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk berkongsi sebarang rahsia. Mula dengan bercerita mengenai rahsia kecil dahulu untuk uji dan lihat samada rahsia kamu itu selamat atau tidak sampai ke pengetahuan orang lain.

Hentikan bergosip
Kamu tidak suka seseorang bercerita buruk tentang kamu dan bercakap tentang kamu di belakang? Kamu boleh mulakan dengan tidak bergosip dan menyampaikan khabar angin tentang seseorang. Barulah orang lain pula akan menghormati kamu.

Bercakap dengan backstabber 
Kenali siapa backstabber di sekeliling kamu. Kemudian, bersemuka dan bertanya dengannya secara baik. Bertanya perihal sebenar tentang apa yang telah terjadi. Adakah kerana dia tidak berpuas hati dengan kamu atau dia sendiri seorang yang pelupa dan sering terlepas cakap kepada orang ketiga.

Meminta maaf kepada semua orang

Samada perkara yang berlaku merupakan kesilapan dari diri kamu ataupun kamu benar-benar dikhianati atau difitnah, cubalah untuk meminta maaf kepada semua orang. Meminta maaf bukanlah bermakna kamu seorang yang bersalah tetapi ia dapat menukar persepsi seseorang terhadap dirimu.

No comments:

Post a Comment