Ulser menyerang lagi....

Baru-baru ni sis kena ulser dalam mulut. Tak pasti kenapa. Mungkin sebab banyak makan makanan pedas atau adakah mungkin di sebabkan fizikal sis yang semakin galak mengembang ni hahaha... adoy la... apa2 je lah kan. Ha ni sis nak kongsi sikit info tentang ulser mulut. Nampak remeh tapi jika tidak diubati ia mungkin boleh menjadi suatu yang lebih serius.

Apa itu ulser mulut?

Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan. Ulser Mulut ni bukan sekadar di bahagian bibir sahaja. Malah ia boleh terjadi di bahagian tepi bibir, bawah lidah dan tepi lidah.

Tanda-tanda ulser mulut
  • Tanda-tanda bulat berwarna putih atau kuning. Ia selalunya dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah.
  • Sakit pada bahagian tersebut terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman.
  • Demam dan hilang selera makan.
  • Rasa sakit di dalam mulut.

Kesan dari ulser mulut
  • Anda akan rasa sakit ketika mahu bercakap, gelak, senyum, berus gigi, berkumur, makan dan minum. 
  • Kesakitan daripada ulser tersebut akan membuatkan anda hilang selera makan dan minum. Ketika ini fikiran anda pasti akan fokus pada kesakitan tersebut sahaja.
  • Anda juga akan rasa sakit pada bahagian tekak.
  • Bibir anda akan kering, merekah dan luka.

gambar google.com

Punca terjadinya ulser mulut
  • Kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya.
  •  Jangkitan (infeksi).
  • Alahan kepada makanan seperti nanas.
  • Pengambilan ubat yang menyebabkan mulut menjadi kering. 
  • Keadaan mulut yang kotor.

Tips ketika mengalami ulser

Dari segi pemakanan
  • Anda digalakkan supaya banyakkan minum air kosong dan elak minuman panas dan masam seperti jus oren, jus mangga dan sebagainya.
  • Elak memakan makanan yang panas, pedas, masam, masin atau keras yang boleh melambatkan proses penyembuhan.
  • Pada ketika ini, makanan yang lembut seperti bubur dapat membantu anda untuk menikmati makanan dengan mudah.

 Dari segi penjagaan mulut
  • Gunakan berus gigi yang lembut untuk mengelak daripada tersentuh ulser secara kasar dan menyebabkan pendarahan.
  • Anda juga disarankan berkumur dengan menggunakan cecair pencuci mulut jika memberus gigi menyakitkan.
  • Anda boleh mletakkan sedikit ais di tempat ulser terjadi untuk melegakan kesakitan yang anda alami.

Langkah pencegahan ulser mulut
  • Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
  • Kurangkan pengambilan makanan pedas dan panas.
  • Banyakkan minum air kosong.

PERHATIAN: Jika ulser anda tidak sembuh, tetapi semakin merebak, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih lanjut kerana dikhuatiri ulser tersebut berkemungkinan komplikasi daripada penyakit lain seperti kanser.

☺☺Esok hari Kanser Sedunia... jom meriahkan acara...





No comments:

Post a Comment