7 TIP "MENAIK TARAF" OTAK

Minda manusia adalah antara alat yang paling hebat ciptaanNya. Bertambah hebat bila kita tahu langkah-langkah untuk "menaik taraf" otak mereka dan cuba untuk menjadi lebih bijak. Okay, kali ini ada saya ada rahsia bijak yang ingin dikongsi bersama.

Cara 1: Berfikiran positif
Berfikiran positif amat penting kerana sifat itu adalah asas untuk seorang pelajar itu berjaya dalam pelajaran. Jangan sesekali memikirkan perkara yang tidak baik atau negatif kerana dengan berfikir positif kita dapat mengurangkan tekanan atau kebimbangan dalam kehidupan, ia juga dapat membina keyakinan diri.

Cara 2 : Makan makanan berkhasiat
Dalam kehidupan seharian, pemilihan makanan yang bijak dapat membantu dalam menajamkan daya ingatan. Antara makanan yang perlu kamu ambil seperti kismis, madu, kurma, sayur-sayuran dan sebagainya. Jangan amalkan makanan ringan kerana ia boleh merosakkan minda. Ada makanan yang sedap tapi mudarat. Ada juga yang tidak sedap tapi baik untuk kesihatan. Jadi, fikirlah untuk membuat pilihan terbaik.

foto: google.com

Cara 3 : Gunakan otak untuk berfikir
Manusia dikurniakan otak dan akal untuk berfikir. Tujuannya supaya kita dapat berfikir dan bertindak dengan tepat. Dengan kurniaan besar dari Allah SWT ini, dapatlah kita berfikir akan baik atau buruk sesuatu perkara. “Belakang parang diasah lagikan tajam, inikan otak manusia.

Cara 4: Cabar minda
Lakukanlah latihan minda yang dapat rangsangan keaktifan otak. Bina kemahiran minda dengan melakukan pelbagai kuiz dan permainan yang boleh mencabar minda. Antaranya sodoku, teka silang kata dan sebagainya bagi membolehkan otak kamu aktif. Latih otak kamu dengan kerap. Cara ini juga dapat melatih kita untuk berfikir secara kreatif dan kritis.

Cara 5 : Tidur yang mencukupi
Otak juga memerlukan rehat yang cukup setelah seharian bekerja. Tidur malam yang cukup ternyata dapat menyegarkan dan mempersiapkan otak untuk belajar atau berpikir dengan lebih efisien pada pagi harinya. Bijaklah mengatur waktu tidur supaya masa untuk merehatkan otak mencukupi. Elak berjaga malam hanya untuk melakukan aktiviti tidak berfaedah.

Cara 6 : Udara yang bersih
Otak adalah penerima oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. Otak memerlukan udara yang segar dan bersih untuk memastikan kecekapan fungsinya. Jika sering terdedah kepada udara yang tercemar boleh menyebabkan kurangnya penerimaan sumber oksigen yang boleh menyebabkan otak rosak. Adik-adik perlu melakukan senaman tarik nafas supaya oksigen dapat sampai ke dalam otak dan seterusnya dapat mencergaskan otak kamu.

Cara 7 : Senaman untuk otak
Aktiviti senaman bukan sahaja baik untuk kesihatan badan, malah ia juga baik untuk otak. Adik-adik haruslah rajin melakukan senaman atau pergerakan yang boleh merangsang otak. Malas dan kurang aktif akan membuatkan kita menjadi seorang yang lemah.

foto: google.com












No comments:

Post a Comment