MENABUNG! NAMPAK MUDAH TAPI SUSAH NAK BUAT

Hai semua... sihat? Okay hari ini sis nak tulis tentang menabung atau bahasa lain buat saving. Rasanya semua orang tau menabung bukan? Tak kisahlah fahaman anda tentang menabung samada menyimpan sejumlah wang daripada pendapatan yang diperoleh untuk kegunaan di masa depan ataupun menyimpan baki wang yang ada setelah di gunakan untuk perbelanjaan. Yang penting bagaimana mahu menabung. Tambahan lagi dalam keadaan ekonomi yang tengah sakit ini, penting untuk ada saving ya.

Rancang Perbelanjaan
Rancanglah perbelanjaan mengikut kebijaksanaan kamu sendiri. Perancangan yang baik mampu memberi kelancaran kepada setiap perkara yang bakal berlaku. Buat perancangan atas setiap keperluan yang penting sahaja. Perbelanjaan yang terancang akan memberi kesan yang positif kepada diri sendiri di mana anda dapat mengetahui kemana wang anda mengalir.

Cuba ke sini dan cari buku yang dapat membantu kamu menjadi seorang individu yang bijak mengurus wang Bookcafe.com.my . 


BACA JUGA: BIMBANG TIADA WANG MENCUKUPI BILA BERSARA


Tetapkan perbelanjaan harian
Perancangan yang lengkap pasti dapat elak dari amalan membazir. Elok anda membeli mengikut keutamaan dan bukan kehendak hati semata-mata. Tetapkan bila kamu hendak menabung. Ada cara di mana ramai yang telah melakukannya iaitu pabila mendapat wang kertas RM5, mereka terus asingkan dan masuk ke dalam simpanan. TABUNG RM5.. Tidak semestinya RM5, RM1 juga boleh. Tiada masalah...



Belanja dengan bijak
Bagi memastikan anda berbelanja secara bijak, bandingkan terlebih dahulu harga barang sebelum membelinya dan jangan tergopoh-gapah semasa berbelanja. Ya, ia mungkin sedikit remeh namun dengan cara ini anda mampu menjimatkan wang perbelajaan kamu. Mengapa mahu belanja lebih jika anda boleh mendapatkan barang tersebut dengan harga yang murah bukan?


Tetap matlamat tabungan
Setiap perkara yang kita lakukan perlu ada matlamat. Bagi memberi dorongan dan semangat untuk menabung, anda perlu ada matlamat yang ingin kamu capai dalam aktiviti menabung. Tentukan jumlah yang ingin di capai dalam sesuatu tempoh masa menabung. Nampak sedikit kebudak-budakkan, namun cara inilah yang boleh mendisiplinkan diri anda jika ingin belajar menabung.

Muhasabah diri

Orang yang boros itu adalah mereka yang suka membazir? Muhasabah diri kamu tentang keburukan amalan membazir dan kepentingan dari menabung. Awas jangan terpengaruh dengan persekitaran. Orang yang bijak ialah mereka yang tahu menghargai setiap sen wang yang dimilikinya.

No comments:

Post a Comment