Showing posts with label ARTIKEL. Show all posts
Showing posts with label ARTIKEL. Show all posts

UNTUK BUAT DUIT, TANPA DUIT

Ramai yang ingin memulakan perniagaan masing-masing. Itu sangat baik untuk meningkatkan taraf hidup dan jaminan hari-hari mendatang. Namun, ramai yang fikir untuk memulakan perniagaan seharusnya kita mempunyai modal. Ya betul. Itu saya tidak nafikan. “ untuk buat duit, kita harus ada duit”. Sebenarnya, ada cara untuk buat duit, tanpa duit.

Itulah seperti apa yang telah saya baca berkenaan sejarah pengalaman Irfan Khairi yang berjaya menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd tanpa mengeluarkan wang sendiri. Beliau kini semakin hebat dengan membina empayar perniagaan sendiri. Beliau juga berjaya melahirkan ramai individu yang berjaya melalui perniagaan. Anda boleh baca di link ini

Dalam zaman teknologi semua di hujung hari, terdapat banyak jenis perniagaan yang kita boleh ceburi tanpa mengeluarkan modal sendiri. Dropship adalah perniagaan tanpa modal dimana kita hanya perlu menjual produk orang tanpa perlu menyimpan stok produk tersebut. Mulakan dengan yang kecil dahulu. Ada saya dengar suri rumah telah berjaya membuat income RM2K sebulan dengan hanya berniaga sambilan di rumah sahaja. Bila nak kaya camtu? Hermm.. buat pun belum, macam mana nak kaya..

BACA JUGA: BUDAYA BERNIAGA

Kini juga terdapat banyak peluang buat duit melalui program affiliate. Antara syarikat yang menawarkan program affiliate adalah Lazada menerusi Involve Asia atau HasOffer.com, Bookcafe dan banyak lagi. Saya juga kini mula gali ilmu mengenai program ini. Siapa tidak mahu duduk goyang kaki tapi duit masuk. Menarik kan? Saya lambat… sudah terbukti ada orang yang boleh buat duit melalui program ini. Dulu tahu, tapi tak penah ambil tahu. Rugi saya.. Saya masih baru. Nanti saya kongsikan cerita saya yang masih baru dengan program affiliate yang saya semakin mahu ambil tahu.

Bagi saya, apa yang penting mahu dan cari tahu. Cari ilmu dan mulakan sesuatu.

Alhamdulillah….

Saya kini gemar dan minat membaca biografi berkaitan individu yang telah berjaya. Untuk berjaya kita haruslah bersama orang yang berjaya. Sedut aura positif. Insya Allah, suatu masa kita pasti berjaya seperti mereka. Biar lambat, asalkan kita dapat.
Ini cerita diri saya sahaja. Cerita hidup kita tak sama sebab kita pilih jalan yang berbeza!!!


Terima kasih sudi baca J

WORK@HOME



Haisshh... Semenjak bekerja dari rumah, hati ni rasa malas je nak keluar. Emm.. Mungkin sebab dulu masa bekerja kena keluar ke sana sini setiap hari untuk dapatkan bahan. Yela hampir 6 tahun kot sis bekerja sebagai wartawan. Tanggal 1 Februari 2017, secara rasmi sis melangkah keluar dari sebuah organisasi penerbitan yang bole la nak di katakan antara yang terbesar di Malaysia. Haah awak, baru je kite resign hehe... Sebab tu la kot sekarang ni macam syok je bekerja dari rumah.  

Lagi pula dengan keadaan ekonomi yang tak berapa cantik asal keluar je mesti banyak duit pun ikut keluar sama. Apa nak risau, zaman sekarang semua dihujung jari . Dari nak bayar bil sampailah shopping. Sapa setuju dengan sis angkat tangan! Hehe… Ada banyak pusat belanja online sekarang ni antaranya yang sis selalu shopping adalah LAZADA la sebab semua ada kat sini. Lazada juga antara banyak portal online shopping yang boleh dipercayai.  Ni ha korang tengok la sendiri sis bg link ---->  LAZADA

 Ada 1 lagi sis suka jugak ni ha  Fashion Valet -----> FASHION VALET

Lagi pun duduk di rumah bukan bermaksud jadi katak bawah tempurung tau. Buktinya, banyak dan cepat je info2 luar yang sis dapat walaupun tak masuk ofis dah haha… bukti? Mana boleh hehehe… bukan la dah kerja dari rumah sis tak keluar langsung. Nanti orang pelik lak dah kenapa cik ana tu dok memerap je dalam rumah. Hujung minggu kite keluar juga riadah dengan keluarga. Tak caya? Ni ha buktinya….


Sarah semakin berani kali ni :)

Ni gambar kali keempat kami ke Farm In The City. Best sangat ke sampai 4 kali p sana? Nanti2 kite cite ya….

okay terima kasih sudi membaca.

kalo nak kawan follow la instagram sis @suee_anna

kalo nak cuci mata tengok barang@produk like n follow la page sis

PERISTIWA YANG TAK MUNGKIN DILUPAKAN DALAM SEJARAH BISNES SAYA.- D'APPLE



PERISTIWA YANG TAK MUNGKIN DILUPAKAN DALAM SEJARAH BISNES SAYA. KEAJAIBAN DARI ALLAH..

Saya masih belum mengerti bagaimana saya boleh terselamat dari krisis kewangan ini 5 tahun lepas, kisah yang benar-benar berlaku kepada diri saya ..


Situasi saya pada waktu tersebut:

# Elektrik nak dipotong - tertunggak RM10,000.00

# Sewa RM4,000.00
# Hutang pembekal RM15,000.00
# Hutang kawan yang dituntut sebab terdesak (kalau tak silap dalam RM4,000.00)
# Semua pekerja berhenti tinggalkan kami berdua dalam keadaan blur
.
Berlaku dalam bulan Ramadhan 5 tahun lepas. Masa tu saya hanya ada sebuah kedai makan (D'Apple Cafe & Restaurant) dan RM100.00 tunai di tangan (dalam bank kosong dan tiada benda yang bernilai untuk dicagarkan)
Serius!! ianya benar, hanya tinggal RM100 sahaja.. (seingat saya, angka yang lebih tepat adalah RM97.00.. itupun dah korek kat semua tempat dan laci)
Hutang sewa, tnb, pembekal perlu dibayar dalam masa terdekat lebih kurang dalam RM40,000.00.
Menangis tak cukup air mata. Tengok anak-anak, memikirkan nasib mereka lagi deras air mata keluar. Bagaimanalah makan minum mereka, kebulur tak mereka. Macam-macam keluar.
Sudah dirasakan tiada jalan lagi, maka berpelukanlah suami isteri di satu sudut sambil menangis dari dinihari sampai ke pagi.
Mata bengkak, tubuh longlai kepenatan, tidur hanya beberapa jam. Namun tiada selesai jua masalah walaupun keluar air mata darah sekalipun.
Saya pandang muka isteri, (ucapan sayu dari hati) sambil usap pipi, "bertabahlah wahai hati, bertabahlah wahai isteri"..
Nak pinjam along? Takut, lagi pun apa yang nak dicagarkan.. Nak pinjam dengan adik beradik, ada yang dah pinjam, malu sebab hutang lama belum langsai. Tapi ada yang bagi RM500 seorang, Terima kasih Kak Muni dan Kak Tie, syukur.. .
Dunia dah gelap, buntu, terasa tiada jalan keluar, tangan terketar-ketar, betul-betul tak tahu nak buat apa dah, lidah kelu, penasaran dan 'blur'.
Hari-hari ditekan dengan panggilan meminta hutang. Tak reti dah nak cipta alasan. Hati dah tak keruan. Intai di jendela, mana tahu ditunggu si pemungut hutang..
Hidup tiada tenang walau seketika. Hidup dalam ke adaan tertekan sentiasa dan tiada putus putus menyebut "Ya Alah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah". Air mata berderai derai sentiasa..
Tak tahu nak buat apa, pergi cerita , mengadu, merintih dekat umi tersayang, tercinta. Minta doa, mintak restu tapi tak mintak duit. Umi minta bersabar. Mulai dari itu, tiada pernah tertinggal satu malam pun umi buat solat hajat. Mohon dipermudahkan urusan anak lelaki 'keras kepala' ni.
Asal je celik mata, menangis, sebelum pejam mata, pun menangis. Kedai makan tutup sebab terlalu sedih (hampir putus asa)
Salah satu sebab jadi teruk begini adalah kerana ditipu pekerja, tak jaga akaun dengan baik dan miss management. Dahla kena tipu oleh pekerja, bila tembelang pecah, semua angkat kaki. tinggal laki bini ni dengan hutang berbaki..
Selepas puas dan penat menangis. akhirnya, saya berkata kepada isteri.., " Kita meraung siang malam pun tak ada guna. Sayang... jom kita pegi buka kedai yer. Kita serah kepada Allah nasib kita. Kita usaha, kita bangkit, kita baiki balik, At least ada duit masuk daripada duduk menangis siang malam lagu ni...
" Kita kena bersyukur, sekurang-kurangnya Allah masih tinggalkan lagi baki RM100 dalam kocek untuk kita bermula semula.."
Hampir setiap malam berdoa pada Allah agar dikeluarkan dari bencana ni. Sungguh! hutang ni mendatangkan kerisauan di malam hari dan kehinaan di siang hari. Tak tertanggung jiwa raga.
Dan pada masa tu seminggu sebelum raya, bermodalkan RM100 yang tinggal, kami buka balik restoran dan mulakan semula operasi. Mulakan balik dengan apa yang ada. Beli sayur sikit, ayam sikit, daging sikit, dan satu sen pun tak tinggal modal..
Saya cakap benar dan jujur, tiada satu sen pun yang tinggal. Tukang masak tak ada masalah sebab kami berdua yang jadi chef nya. Pekerja lain? Adik ipar dan beberapa pekerja part time (student kolej berdekatan, student dari sarawak yang tak balik raya).
Cerita hari pertama..
Dapatlah hasil jualan RM100 selepas 2 jam beroperasi, pergi beli tambahan bahan mentah RM100 pula. 2 jam selepas tu dapat hasil lagi RM100 pergi beli tambahan ayam , ikan, sotong, udang dan beras..
Hari pertama dapat jualan RM 700 (lebih kurang, hasil dari modal RM100 pertama yang dipusing beberapa kali pembelian dalam masa sehari).
Hari kedua dah punya modal yang mencukupi., Syukur Alhamdulillah.. Allah Maha Kuasa, ramainya pelanggan.
Subhanallah! Keajaiban berlaku. Dari seminggu sebelum raya dan 2 minggu selepas raya, saya dapat langsaikan hampir 3/4 dari hutang atau bebanan yang ada. Hampir RM35,000. Saya sendiri pada masa tu tidak sempat rekodkan jumlah jualan harian atau keuntungan berasa sangat hairan bin ajaib dari mana datangnya duit sebanyak tu untuk selesaikan hutang.
Sampai ke hari ni ianya masih menjadi misteri dan tandatanya. Siang malam kami suami isteri cuba cari jawapan dari mana datangnya sumber wang itu namun tak jumpa. Apa yang saya tahu, hutang selesai. Walaupun tak semua tapi hampir 4/5 hutang yang ada., SELESAI..
Kami BEBAS dan mula terseyum.
Kisah ni betul-betul terjadi pada saya 5 tahun lepas dan bila mengenang kembali, saya selalu mengucap SYUKUR ALHAMDULILLAH. Berkat doa dan restu ibu, dan doa yang yang tak henti-henti, keajaiban boleh berlaku bila-bila masa dengan keizinan Allah..
Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.. Allah mendengar permintaan hambaNYA yang betul-betul meminta dan tiada putus-putus meminta. Hanya pada waktu yang betul-betul tersepit, kita paling dekat dengan Allah. Allah tidak melakukan sesuatu dengan sia-sia.
Segala ujian yang diturunkan adalah untuk membuatkan kita lebih kuat dan berjaya. Jangan mengeluh bila ditimpa ujian. Kembalilah kepadaNYA. Pasti jaya menunggu kita.
Percayalah..
" Disebalik kesulitan, pasti ada kemudahan ".
" Selagi nyawa di kerongkongan, selagi tu masih ada harapan" InshaAllah..
Kredit : D'Apple

BUDAYA BERNIAGA


Kita masyarakat Melayu-Bumiputera khususnya, masih kurang budaya berniaga.

Sudah mula ramai tetapi belum cukup ramai. 



Kerana kita dapat melihat dalam struktur masyarakat, wujud keluarga cikgu, ada keluarga pegawai tinggi kerajaan dan tidak ketinggalan keluarga GLC. Malah, ada keluarga dari emak, bapa dan anak-anak semua dalam sektor yang sama. Tanpa budaya berniaga dalam keluarga, ia menyebabkan: 

Sukar untuk kita memulakan perniagaan sendiri sebab kita tidak tahu cara yang betul untuk bermula. 

Tidak ramai dapat menjadi seorang pelabur yang baik kerana tidak faham bagaimana bisnes beroperasi. 

Anak-anak Melayu-Bumiputera yang pandai-pandai dikumpulkan dan dimasukkan ke sekolah berasrama seawal usia 12 tahun. Selepas SPM dihantar pula ke universiti-universiti yang terkemuka. Habis belajar dengan segulung kertas ijazah mereka perlu bekerja semula dengan pihak yang menaja mereka. 


Sebab itu bila anak Melayu-Bumiputera yang mempunyai ijazah dan memilih untuk berniaga ramai yang mendapat tentangan dari keluarga & masyarakat. 

Penat-penat belajar 5 tahun di universiti, kenapa tak jadi ____________ (isi tempat kosong) ? 

Kan senang kerja dengan _____________ (isi tempat kosong). Nak beli rumah senang, nak beli kereta senang, sakit pun senang. 

Anak-anak hilang punca. 

Ingin mengadu kepada ayah, si ayah pegawai tinggi kerajaan. Mengadu kepada ibu, si ibu seorang cikgu. Suka tidak suka terpaksa juga bekerja dalam bidang yang sama dengan bidang ijazahnya walaupun tidak minat. 

Terpaksa. 

Seterusnya, apabila masyarakat kita majoritinya bukan masyarakat berniaga, maka cara urus duit adalah cara urus duit dengan mentaliti orang makan gaji. Kalau kerja syarikat besar, mesti cari kereta yang sepadan. Bangga mak tengok anaknya telah “berjaya”. 

“Eh, tiap-tiap bulan kan gaji masuk. Kenapa masih pakai kereta buruk je?” 

Sampai mahu berkahwin pun jalannya mudah. Kan ada personal financing, kan ada slip gaji. Seterusnya berkahwin dengan berhutang 10 tahun 

Seterusnya keluarga semakin membesar. Gaji & pangkat tidak naik secepat yang diharapkan. Akhirnya, terdesak untuk mencari pendapatan tambahan. Disebabkan mentaliti pelabur belum disuburkan, maka mudah percaya dengan pujuk rayu seperti berikut: 

“Abang tak perlu jual barang, cuma cari 2 orang sahaja downline. Itu pun online je sekarang!” 

“Abang, harga emas sentiasa naik, abang re-finance lah rumah ni dan duit tunai itu aku boleh beli emas banyak-banyak sebagai pelaburan. Boleh dapat hibah setiap bulan.” 

“Abang, kita ada group main saham berjemaah, banyaknya tips kaunter mana boleh beli. Ikut je tips kami beri!” 

Benar, nak melabur tidak semestinya hanya orang yang berniaga. 

Siapa-siapa sahaja boleh melabur asalkan mempunyai modal. Tetapi pengalaman berniaga membolehkan kita menjadi seorang pelabur yang lebih baik. Kita dapat melihat sesuatu pelaburan itu dengan kaca mata orang yang faham bisnes. Yang tahu beza mana intan yang mana kaca. 

Dan sesungguhnya Nabi Muhammad (berselawatlah kamu) itu sendiri berniaga dan melabur. 



Kredit : pakdi.net

FORMULA ASAS ALIRAN TUNAI / CASHFLOW





Inilah formulanya : I – E = S

Ini adalah formula asas perancangan kewangan. Tidak perlu matematik tinggi atau kursus perakauan atau PhD utk memahaminya.

I = INCOME (PENDAPATAN),

E = EXPENSES (BELANJA), dan

S = SURPLUS (BAKI).


Ia juga dipanggil sebagai CASHFLOW atau ALIRAN TUNAI.

Prinsip asasnya ialah, S mesti postitif agar ALIRAN TUNAI tidak terganggu.

Untuk memastikan S berada dalam keadaan positif, maka faktornya ialah I dan E.

Sebenarnya, PENDAPATAN dan BELANJA adalah faktor di dalam kawalan kita.


I = INCOME / PENDAPATAN

Kita tidak boleh untuk mengawal tangga gaji yang diberikan oleh majikan kita, tapi kita boleh berusaha untuk mendapatan PENDAPATAN tambahan dengan memilih pekerjaan tau bisnes baru.

E = EXPENSES / BELANJA

Kita tidak mampu untuk mengawal harga barang, harga tol, harga petrol, tarif eletrik, kadar cukai, dan sebagainya, tapi kita ada pilihan untuk memilih gaya hidup dengan BELANJA di bawah PENDAPATAN kita.

Jika S adalah negatif, maka caranya ialah sama ada, dengan meningkatkan I atau mengurangkan E.

Kredit : http://rahsiatakaful.com/

HIDUP INI TERLALU INDAH @>>>--------

Waktu sedang "di puncak" kita merasa banyak teman di sekeliling kita.

Waktu sedang "Berkuasa" kita percaya diri boleh melakukan apa saja.

Waktu sedang "Tak Berdaya" barulah kita sedar siapa sebenarnya sahabat sejati yang kita ada.

Waktu sedang "Jatuh" kita baru sedar selama ini, siapakah teman yang memperalat dan memanfaatkan kita.

Waktu sedang "Sakit" kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.

Waktu kita "Miskin" baru kita insaf pentingnya amalan sedekah walau pun seringgit dan saling membantu saudara kita.

Masuk "Usia Tua" baru kita tahu rupanya masih banyak amalan dituntut Allah yang belum dikerjakan/ banyak ilmu yang kurang dan baru kenal jalan ke masjid.

Saat "di Ambang Ajal" kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yg terbuang sia-sia.

Hidup tidaklah lama,
Sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA:

Saling menghargai,
Saling membantu,
Saling memberi,
Saling mendukung.

Jadilah teman setia tanpa syarat.

Jangan saling memotong dan menggunting sesama teman.

Tunjukkanlah bahawa anda masih mempunyai hati nurani yang tulus, jauhkan niat jahat untuk mencelakai atau memfitnah.

Jauhkan niat memaksa seseorang melakukan suatu hal untuk kepentingan peribadi kita.

Apa yang ditabur itulah yang akan dituai.

Allah tidak pernah menjanjikan bahawa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar.

Tapi ketahuilah bahawa Allah selalu memberi pelangi di setiap badai, senyum di setiap air mata, rahmat dan berkat di setiap cubaan, dan jawapan di setiap doa.

Jangan pernah menyerah, teruslah istiqamah beribadah kerana hidup ini terlalu indah.

Hidup bukanlah suatu tujuan, melainkan sebuah persinggahan sementara.

Sahabatku,
Indahnya hidup bukan kerana banyak orang mengenal kita, namun berapa banyak orang yang merasa bahagia kerana mengenal kita.




*Copy dari kata-kata Prof Muhaya, Sharing Is Caring











                                          

Berhenti merokok, simpan duit

17 OGOS 2015

NILAI - Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan suami manja-manjakan.

Peribahasa ini memang biasa kita dengar. Persoalannya, bagaimana kalau sayangkan diri sendiri? Itu Azman Samad, 52, ada jawapannya.

“Senang saja, dik. Kalau sayangkan diri, simpan-simpankan,” katanya membuka bicara kepada Sinar Harian.

Berkerut dahi cuba memahami maksud Azman yang cukup mendalam.

Walaupun ringkas dan padat jawapannya, tersembunyi kisah menarik untuk dikongsi bersama pembaca.

Bagi mereka yang belum mengenali Azman, mungkin tidak tahu kelebihan dimiliki bapa kepada lima orang anak ini.

Dahulu, dia perokok tegar yang tampak seperti tidak akan berhenti sampai bila-bila.

Siapa sangka, pejam celik pejam celik, kini sudah lima tahun Azman meninggalkan tabiat itu.

Sebagai pendorong semangat, duit yang sepatutnya digunakan untuk membeli rokok sejak 2010, disimpan dalam tabung.

“Sehari sebelum Tahun Baru Cina, terdetik dalam hati saya nak berhenti merokok. Puncanya, masa tu saya cuba nak minta sebatang rokok daripada kawan.

“Rupa-rupanya, kawan tu dah sebulan tak merokok. Saya pun mula terfikir. Kalau dia boleh, kenapa saya tak boleh?,” katanya yang bekerja sebagai chargeman.

Dengan azam yang tekad, Azman mula menjauhkan diri dari rokok mulai hari itu juga.

“Kebetulan saya teringat pada satu artikel dalam akhbar sekitar 2008. Ada tips untuk berhenti merokok.

“Salah satunya, pastikan kita boleh nampak hasil daripada usaha dijalankan. Jadi saya pilih kaedah menabung,” katanya.  

Sebagai permulaan, Azman menggunakan tong cat bersaiz 18 liter yang ditebuk pada bahagian atas.

“Lebih kurang empat bulan kemudian, saya tukar pada tong air sebesar 30 liter yang ada pengunci. Beli di kedai perkakasan di Rahang Kecil.

“Kena buat macam tu, sebab duit syiling asyik berkurang dalam tong cat. Anak-anak suka ambil buat beli makanan ringan,” katanya sambil tertawa.

Menurut Azman, dia memutuskan untuk menyimpan antara RM30 dan RM300 sebulan, berdasarkan harga semasa sekotak rokok pada lima tahun lalu.

“Saya simpan duit syiling saja. Kalau duit kertas, takut rosak kena makan lipas. Kadang-kadang, ada juga duit gaji tak sempat masuk tabung sebab guna untuk keperluan lain,” katanya.

Sejak itu, katanya, bekas tersebut tidak pernah dibuka kecuali dua tahun lepas bagi memastikan duit disimpan berkeadaan elok.

“Itu pun sekejap saja. Bila tengok tak berkarat, terus tutup balik. Tapi dua minggu sebelum puasa tahun ni, terpaksa buka sekali lagi sebab dah penuh.

“Bila kira semuanya, memang terkejut. Ingatkan cuma RM3,000 lebih, rupa-rupanya RM6,115,” katanya.

Ditanya perancangannya, Azman memberitahu, kesemua duit itu disimpan dalam bank untuk digunakan sebagai belanja tambahan ketika menunaikan ibadah haji, September nanti.

“Rasa macam mimpi, dah lima tahun berhenti merokok. Selain bertambah sihat dan dapat simpan duit, saya boleh jadi contoh teladan pada anak-anak.

“Terus-terang, saya memang tak suka anak merokok. Tapi kalau saya sendiri tak berubah, macam mana mereka nak dengar. Nampak cakap tak serupa bikin,” katanya.

Sementara itu, bercerita mengenai kejayaan suaminya yang mula menjadi perhatian umum di Facebook pada 27 Jun lalu, Rasidah Mawahid, 46, punya komen tersendiri.

“Akak mula terfikir nak masukkan kisah abang lepas baca pengalaman seorang kawan dalam Facebook yang turut menabung duit syiling untuk suka-suka.

“Tak sangka lepas muat naik gambar dan cerita, jadi tumpuan ramai. Setakat ni, lebih kurang 9,068 orang berkongsi cerita tu,” katanya.

Menurut Rasidah, tidak dinafikan, mula-mula dia agak takut kerana perbuatan itu dilakukan tanpa pengetahuan Azman.

“Tapi perasaan tu hilang bila tengok respons positif daripada abang. Dia dapat tahu daripada salah seorang jemaah yang ucap tahniah selepas solat terawih, bulan puasa lepas,” katanya.

Bagi Azman pula, tiada apa yang hendak dikatakan kecuali berharap kisahnya dapat menjadi contoh dan perangsang kepada mereka yang sedang berusaha untuk berhenti merokok.

“Cuma pesan saya, benda ni macam buat jeruk. Kalau kerap sangat rasa, nanti belum sampai masa dah habis.

“Sama juga halnya dengan menabung. Tak payah nak peduli dah simpan berapa banyak. Penuh nanti, baru ambil tahu,” katanya yang akan meneruskan aktiviti tersebut.

Kredit : Sinar Harian


 Duit merokok kepada Duit Simpanan

Bimbang tiada wang mencukupi bila bersara.

KUALA LUMPUR - Tidak mempunyai wang yang cukup untuk membiayai kehidupan harian selepas persaraan adalah kebimbangan utama 88 peratus pekerja Malaysia, demikian menurut satu kajian.
Menurut laporan HSBC, 'Masa Depan Persaraan: Satu Perimbangan', 49 peratus daripada mereka berkata, pembayaran balik hutang menghalang mereka untuk membuat persediaan persaraan yang selesa.

"Kemelesetan ekonomi dunia juga menjejaskan pelan persaraan mereka di mana 36 peratus telah berhenti atau mengurangkan simpanan melalui deposit tunai, anuiti atau pelaburan; 32 peratus kurang berkemampuan menyimpan untuk persaraan dan 28 peratus mendapati diri mereka akan terjebak dengan hutang," katanya.

Laporan berkenaan berdasarkan hasil kajian dalam talian ke atas 1,000 orang dalam usia bekerja (25 dan ke atas) serta dalam persaraan oleh Ipsos Mori pada Ogos dan September 2014.

Ketua Perbankan Runcit dan Pengurusan Kekayaan HSBC Malaysia, Lim Eng Seong, berkata bajet mereka semakin sukar.

"Jumlah terkecil disimpan mulai sekarang boleh mengurangkan kesan jangka panjang tempoh yang mencabar ini dan menjadikan kemungkinan persaraan lebih selesa lebih nyata," katanya pada taklimat media mengenai laporan itu di sini, hari ini.

Eng Seong berkata, 27 peratus daripada mereka yang bakal bersara, ketika ini tidak atau tidak mempunyai hasrat untuk menyimpan untuk persaraan.

"Ini seperti mengaitkan generasi X dan Y, di mana mereka mempunyai pemikiran untuk memilikinya secara ‘segera’, bagi menikmati hidup hari ini dan memikirkannya esok.

"Saya harap generasi muda melihat ke depan mengenai persaraan dan hal-hal kesihatan dan tidak bergantung semata-mata kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kerana ia akan bertahan kira-kira lima tahun jika mereka mempunyai purata simpanan RM50,000,” katanya.

Sebagai permulaan, kata Lim, mereka yang berusia antara 20 dan30 tahun perlu menyimpan kira-kira 15 hingga 20 peratus daripada gaji mereka setiap bulan dan meningkatkannya beransur-ansur apabila gaji bertambah.

Kredit : Bernama

 Duit tak cukup apabila sudah bersara?

Biarpun cacat kebajikan ibu tetap no.1

MESKIPUN tanpa fizikal yang sempurna, Chen Xinyin, 48, dari Chongqing, di barat daya China, tetap tidak lupa pada tanggungjawab untuk menjaga ibunya yang tua dan uzur.

Sejak kehilangan kedua belah tangannya selepas terkena renjatan elektrik ketika berusia 7 tahun, dia belajar untuk memasak, menganyam bakul dan berkebun bagi meneruskan kehidupan seharian seperti manusia normal lain.

Tahun lalu, lelaki ini mula menjaga ibunya sepenuh masa sambil menguruskan kebun kecil miliknya. Lebih-lebih lagi wanita berusia 91 tahun itu kini lumpuh dan tidak boleh menggerakkan tangannya sejak sebulan lalu.

Dengan hanya menggunakan kaki dan anggota tubuh lain, Chen Xinyin melakukan pelbagai tugas harian termasuk menyuapkan makanan kepada ibunya dengan cara memegang sudu menggunakan giginya.

Nyata, ketabahan lelaki ini membuahkan hasil apabila dia berjaya mengaut keuntungan dengan hasil usaha sendiri melalui tanaman gandum, jagung dan ternakan 24 ekor biri-biri, dua kerbau serta empat ekor ayam.

“Saya tidak punya tangan tetapi ada sepasang kaki yang baik. Saya tidak boleh cari duit dengan cara itu,” katanya ketika ditanya tentang pendapatan lumayan yang biasanya pengemis di bandar perolehi.

Selain itu, dia menolak idea tersebut bukan sahaja kerana menjaga maruah, tetapi juga kerana bimbang siapa akan menjaga ibunya jika dia ke bandar. – Daily Mail

Kredit : Sinar Harian

Menjaga ibu walaupun cacat fizikal.

Gagal dapat pekerjaan, gadis jual diploma

AKIBAT gagal mencari pekerjaan dalam bidang yang dipelajari dan masih mempunyai hutang pengajian sebanyak AS$40,000 (RM167,488), Stephanie Ritter bertindak menjual diplomanya di laman jualan atas talian eBay.

Menurut Dailymail, gadis berumur 26 tahun dari Southern California berkenaan 'sangat kecewa' kerana gagal mencari pekerjaan yang menggunakan diploma berkenaan.

"Saya fikirkan sekeping kertas ini (diploma) sangat berharga kepada ramai orang, tetapi untuk bidang teater, ia tiada nilai," kata Ritter kepada BuzzFeed.

Ritter menamatkan pengajian pada 2011 di universiti Florida State (FSU) dalam bidang teater dan hanya bekerja sebagai pembantu tadbir sehingga kini.

"Saya asyik melakukan perkara yang sama (sebagai pembantu tadbir) dan jumlah gaji saya kemungkinan besar dengan jumlah gaji mereka yang gagal dalam pengajian.

"Bezanya, saya mempunyai hutang pengajian sebanyak AS$40,000 dan mereka (yang gagal dalam pengajian) tidak mempunyai hutang," jelas Ritter.

Perasaan kecewa berkenaan memaksa Ritter menjual diplomanya, bersama-sama dengan 'pengalaman belajar di FSU'.

Ritter meletakkan harga AS$50,000 (RM209,360) iaitu jumlah kos yang dikeluarkannya untuk menamatkan pengajian tersebut.

Selain diploma tersebut, Ritter juga menawarkan untuk membawa 'pembeli berpotensi' untuk berjalan-jalan di FSU.

"Kenapa membazirkan masa selama empat tahun untuk mendapatkan sekeping kertas? Anda boleh beli kertas (diploma) kepunyaan saya!" tulis Ritter di Ebay.

"Berhati-hati dengan hutang pengajian," nasihat terakhir Ritter.

Tindakan Ritter bagaimanapun mengundang sinis pelayar laman sosial.

"Anda tidak selidik tentang prospek pekerjaan teater sebelum memulakan pengajian, padan muka," kata Paul Davis.

Kredit : Sinar Harian


Jual Diploma kerana tidak dapat kerja.

Perniagaan susah bagi anda?


Seringkali kita dengar kebanyakkan diluar sana takut untuk memulakan perniagaan.

Mereka takutkan segala risiko yang bakal datang melalui pemikiran separuh sedar & pengalaman orang lain.

Risiko rugi, khianat, tidak cukup modal, tiada ilmu perniagaan, tiada pengalaman, takut dikenakan cukai, masalah pekerja, dan sebagainya.


Sampai bila kita terus berfikiran begini?

Takut....Takut...dan terus takut?

Ketakutan ini akan membantu mereka yang berani berjaya.....

Ketakutan ini membina empayar besar mereka yang berani....

Ketakutan ini menenggelamkan anugerah kecerdikkan kita yang peroleh semasa di kolej, universiti & juga sijil-sijil professional kita.

Ketakutan ini juga menurunkan taraf hidup kita kepada miskin tegar @ papa kedana keras......

Fikirkan....jikalau kita tidak mulakan....orang lain akan mulakan....

Singa yang berani tidak gentar halangan dihadapan
Jikalau kita tidak bergerak & rajin....orang lain yang akan ambil peluang & terus maju....

Fikirkan.....kita kini,akan datang & seterusnya....

Dimanakah kita?...

Kemanakah kita?....

Bagaimanakah kita nanti?....

Ini semua untuk kejayaan kita & keturunan mendatang kita juga.