Waktu sedang "di puncak" kita
merasa banyak teman di sekeliling kita.
Waktu sedang "Berkuasa" kita
percaya diri boleh melakukan apa saja.
Waktu sedang "Tak Berdaya" barulah
kita sedar siapa sebenarnya sahabat sejati yang kita ada.
Waktu sedang "Jatuh" kita baru
sedar selama ini, siapakah teman yang memperalat dan memanfaatkan kita.
Waktu sedang "Sakit" kita baru tahu
bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.
Waktu kita "Miskin" baru kita insaf
pentingnya amalan sedekah walau pun seringgit dan saling membantu saudara kita.
Masuk "Usia Tua" baru kita tahu
rupanya masih banyak amalan dituntut Allah yang belum dikerjakan/ banyak ilmu
yang kurang dan baru kenal jalan ke masjid.
Saat "di Ambang Ajal" kita baru
tahu ternyata begitu banyak waktu yg terbuang sia-sia.
Hidup tidaklah lama,
Sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP
LEBIH BERHARGA:
Saling menghargai,
Saling membantu,
Saling memberi,
Saling mendukung.
Jadilah teman setia tanpa syarat.
Jangan saling memotong dan menggunting sesama
teman.
Tunjukkanlah bahawa anda masih mempunyai hati
nurani yang tulus, jauhkan niat jahat untuk mencelakai atau memfitnah.
Jauhkan niat memaksa seseorang melakukan
suatu hal untuk kepentingan peribadi kita.
Apa yang ditabur itulah yang akan dituai.
Allah tidak pernah menjanjikan bahawa langit
itu selalu biru, bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar.
Tapi ketahuilah bahawa Allah selalu memberi
pelangi di setiap badai, senyum di setiap air mata, rahmat dan berkat di setiap
cubaan, dan jawapan di setiap doa.
Jangan pernah menyerah, teruslah istiqamah
beribadah kerana hidup ini terlalu indah.
Hidup bukanlah suatu tujuan, melainkan sebuah
persinggahan sementara.
Sahabatku,
Indahnya hidup bukan kerana banyak orang
mengenal kita, namun berapa banyak orang yang merasa bahagia kerana mengenal
kita.
*Copy dari kata-kata Prof Muhaya, Sharing
Is Caring

No comments:
Post a Comment