Assalamualaikum... Hye uoll..
PANAS!!! BAHANG!!! RIMAS!!! Duduk dalam rumah panas, keluar rumah lagilah panas. Senang kata memang tak senang duduk lah. Ni semua dek kerana penangan fenomena El-Nino yg sedang melanda kita hari ini.
Kita risau juga dengan isu ni, sebabnya cuaca panas dan kering boleh menyebabkan kepala pening, demam dan sebangainya. Dan, yang paling kita risau ia boleh menyebabkan terjadinya strok haba.
Hah! apa tu strok haba? Hmm, ni kita share info tentang STROK HABA atau HEAT STROKE...
Apa itu strok haba?
Strok haba atau heat stroke adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan haba. Ia adalah kategori yang paling serius. Penyakit ini dianggap satu kecemasan kerana boleh mengancam nyawa disebabkan kegagalan mekanisme peraturan suhu badan (thermoregulation).
Ciri utama
strok haba ialah ketinggian melampau suhu badan (hipertemia) dan berkaitan rapat dengan kegagalan sistem termorgulasi saraf dan organ dimana kebiasannya, proses berpeluh dan penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan.
Pada suhu ekstrem yang melebihi 90 ° F (32.2 ° C), jumlah haba yang dihasilkan melebihi kesan penyejukan penyejatan peluh. Kelembapan persekitaraan yang mencapai 100 peratus menyusahkan penyejatan peluh dan badan kehilangan keupayaan untuk menghilangkan haba.
Akhirnya suhu badan meningkat, membawa kepada penyahhidratan yang teruk, bengkak tisu otak, tekanan darah rendah, kerosakan organ, dan mungkin kematian.
Simptom-simptom STROK HABA
Sakit kepala berdenyut, mual, denyutan nadi pantas, kurang berpeluh dalam cuaca panas, otot lemah, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan, dan mudah pitam.
Pencegahan yang boleh dibuat
Perkara yang paling penting untuk mencegah strok haba ialah mengelakkan diri dari kurang air atau dehidrasi. Elakkan aktiviti fizikal yang lasak ketika cuaca panas dan lembap.
Sekiranya anda terpaksa melakukan aktiviti luar di cuaca panas, pastikan anda minum banyak air dan minuman isotonik untuk mengekalkan tahap hidrasi. Jauhkan dari minuman keras atau minuman berkafein seperti kopi atau teh kerana minuman-minuman tersebut boleh menyebabkan kekurangan air.
Info:- Badan anda memerlukan tambahan elektrolit seperti sodium dan cecair sekiranya anda telah berpeluh dengan banyak di cuaca panas.
Berehat secara kerap untuk memastikan anda dapat menambah cecair badan dengan air kasong dan pengambilan minuman isotonik.
Walaupun kedengaran remeh, tetapi anda disarankan untuk memakai topi, pakaian yang longgar, dan berwarna cerah untuk menyejukkan badan.
Ingat! Jangan sekali-kali anda tinggalkan anak atau haiwan di dalam kereta yang berkunci di cuaca yang panas.
Sumber: Majalah Rapi


No comments:
Post a Comment